Wednesday 21 September 2011

Sejarah Nama Kampung Seronok




                                                          Asal Usul Nama




Asal Usul Nama Kg. Seronok
Pada masa awalnya, kampong ini adalah sebahagian dari Kg. Binjai atau Kampung di Jalan Permatang. Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering dating ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian seperti kenduri kendara serta temasya hari raya dan juga sambutan Maulid Nabi S.A.W yang diadakan pada setiap tahun. Disamping itu, permainan hadrah yang merupakan salah satu permainan tradisi penduduk kampung ini sejak awal abad ke 20 lagi selalu diadakan di sebelah malam hanya dimainkan oleh kaun lelaki sahaja. D.W. Grehan sungguh tertarik hati dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang tua – tua kampung. Kg. Seronok juga telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri sebagai kg. destinasi Pelancongan. Kg. Seronok sejak zaman dulu memang terkenal dengan penduduknya yang hidup bersatu padu bantu membantu sehingga kini pernah menjuarai Kg. terbaik (tempat pertama) seluruh Malaysia tiga kali berturut – turut. Kini kami mempunyai JKKK Kg. Seronok generasi baru mewarisi semangat dan budaya kerja yang cemerlang itu walaupun terpaksa memongkah arus. Kami berkhidmat beri bantuan dan melaksanakan program pembangunan tidak mengira parti, agama dan bangsa.